Penyatuan Hutang atau Debt Consolidation
Apa itu Penyatuan Hutang atau Debt Consolidation?
Penyatuan hutang atau debt consolidation merupakan satu cara untuk gabungkan pinjaman sedia ada kepada satu pinjaman yang baru. Bank yang memberi pinjaman yang baru ini akan menyelesaikan baki pinjaman sedia ada yang peminjam ingin satukan. Sebagai contoh Ali sebagai peminjam ada membuat beberapa pinjaman dengan bank:
i) 2020 Ali pinjam bank A rm10k dengan bayaran bulanan rm120
ii) 2021 Ali pinjam bank B rm20k dengan bayaran bulanan rm242
iii) 2022 Ali pinjam lagi bank A rm20k dengan bayaran bulanan rm240
Pada tahun 2024 Ali nak pinjam dengan bank C dan nak satukan semua hutang Ali dengan bank A dan bank B dalam hutang baru yang Ali nak mohon dengan bank C.
Baki pinjaman pada 2024:
Bank A pinjaman tahun 2020 : rm5,500.00
Bank A pinjaman tahun 2022 : rm18,100.00
Bank B pinjaman tanun 2021 : rm15,400.00
Ali mohon pinjaman baru bersama bank C rm45k dengan bayaran bulanan rm470
Bank C akan buat bayaran rm23,600 ke akaun pinjaman Ali di bank A dan rm15,400 ke akaun pinjaman Ali di bank B
Total bayaran ke bank A dan bank B rm39k (rm23,600 + rm15,400)
Baki duit pinjaman yang Ali dapat rm6k (rm45k - rm39k)
Hutang Ali dengan bank A dan bank B dah selesai sekarang Ali cuma berhutang dengan bank C rm45k dengan bayaran bulanan rm470.
Kelebihannya:
i) Ali cuma perlu bayar satu hutang sahaja tak perlu nak pening kepala bayar 2, 3 hutang
ii) Dapat kurangkan komitmen sedia ada daripada rm602 sebulan kepada rm470 sebulan
iii) Ali dapat lagi baki duit rm6k selepas buat penyatuan hutang
Penyatuan hutang ni lebih mudah difahami seperti mohon pinjaman yang baru untuk tutup pinjaman yang lama.
Untuk lebih mengutungkan peminjam lagi pastikan kadar faedah pinjaman yang baru tu lebih rendah dari kadar faedah pinjaman yang lama. Jimat bayaran bulanan kurang bayar faedah ke bank.
Rancang kewangan anda, rancang masa depan anda.
Jika Anda penjawat awam atau staff GLC hubungi saya Risyanudin Rosli pegawai pembiayaan peribadi Agrobank untuk buat penyatuan hutang 0172411945
Ulasan
Catat Ulasan