Agrobank
Agrobank (dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, singkatan BPM) adalah sebuah bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan matlamat menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh khusus untuk menyokong dan memperkasakan sektor pertanian negara.
Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersil untuk pembangunan pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan juga aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
Dengan pengalaman lebih 46 tahun,, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 188 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.
Pada 1 Julai 2015, Agrobank secara rasmi beralih kepada system perbankan Islam sepenuhnya.
Ulasan
Catat Ulasan